Pages

Jumaat, 31 Ogos 2012

PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI PUKULAN/PEMADANG (STRIKING/FIELDING)

Kumpulan: 

PISMP Sains Semester 2 Ambilan Januari 2012

Ahli Kumpulan: 

Mohammad Shafiq Bin Ahmad Fuad
Mohd Faiz Bin Abdul Wahab
Norzulhilmi Bin Mohammad
Riskan Bin Sutuh
Nagarajan a/l Maradaiyee

1.0 TAJUK:

"TAK-PONG"

2.0 MATLAMAT:

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat umum mengenai permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang. Contoh permainan kanak-kanak kategori ini ialah "Tak-pong". Blog ini juga diwujudkan bagi memenuhi syarat wajib penilaian bagi kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) berkod PJM 3102 bagi komponen Permainan Kanak-kanak. Diharapkan kewujudan blog ini dapat memperkenalkan permainan kanak-kanak kateogori ini kepada masyarakat umum.

OBJEKTIF:

Penyediaan blog permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang ini bertujuan:
  • menjadikan blog sebagai suatu medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai permainan kanak-kanak
  • menyediakan satu contoh permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang 
  • melengkapkan diri guru pelatih dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN:


      4.1 SENARAI JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN:

Pemukul botol


Bola Pingpong


      4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN:

  1. Bahagikan murid kepada dua pasukan A dan B.
  2. Setiap pemain dalam setiap pasukan berada di kawasan masing-masing yang ditetapkan.
  3. Seorang pemain A1 dari pasukan A memulakan permainan dengan melantun tiga biji bola pingpong ke lantai dan memukulnya dengan pemukul botol.
  4. Ketiga-tiga pemain dari pasukan B akan memungut ketiga-tiga bola pingpong dan meletakkan setiap satu ke dalam setiap kotak.
  5. Pemain A1 yang memukul bola kemudiannya akan ke zon B untuk menyusun susunan kotak mengikut nombor yang betul sebelum pihak lawan (pasukan B) siap meletakkan bola ke dalam setiap kotak. 
  6. Mata akan diperolehi apabila pemain A1 dari pasukan A berjaya menyusun kotak dalam keadaan nombor yang betul.
  7. Permainan diteruskan sehingga pemain daripada pasukan B berjaya memasukkan bola pingpong ke dalam setiap kotak sebelum pemain dari pasukan A menyusun kotak dalam susunan yang betul.

      4.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN:

           

ZON A


ZON B


      4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN:

           Peraturan Permainan:

  1. Tiga orang murid di setiap bahagian dan dilarang memasuki bahagian lain.
  2. Pasukan pemungut bola pingpong hanya dibenarkan melontar bola pingpong tersebut di luar kawasan bulatan ke dalam kotak.
  3. Pasukan pemukul hanya dibenarkan memukul bola pingpong pada paras lutut sahaja.    

           Syarat Permainan: 

  1. Pasukan terdiri daripada tiga orang setiap pasukan.
  2. Pasukan berada di kawasan yang ditetapkan di zon A.
  3. Permainan akan dimulakan apabila pemain dari pasukan pemukul melantun dan memukul bola pingpong.
  4. Pemain memukul ketiga-tiga bola pingpong yang diberikan.
  5. Pemain berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak.
  6. Pemain pemungut memasukkan bola ke dalam kotak sebelum pemain pemukul siap menyusun kotak.
  7. Permainan akan diteruskan dengan pemain yang seterusnya jika susunan berjaya.
  8. Mata diperoleh dengan menyusun susunan kotak dalam susunan nombor yang betul.

          Info Tambahan:

  1. Jumlah Pemain: 3 orang
  2. Formasi: Setiap pemain dalam pasukan berada di kawasan yang ditetapkan
  3. Peralatan: Bola pingpong dan Pemukul botol
  4. Keselamatan: Pukul bola pingpong pada paras lutut
  5. Kemahiran:
  • Manipulasi alatan : Melantun bola pingpong dan memukul dengan pemukul botol
  • Lokomotor : Berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak
  • Bukan lokomotor : Pemukul berdiri di kawasan yang ditetapkan

Khamis, 23 Ogos 2012

MODEL BUNKER & THORPE(1982) "TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING"


PENGENALAN


TGFU dihasilkan oleh Bunker & Thorpe, 1982 untuk murid-murid sekolah.
• TGFU merupakan satu model pengajaran yang menekankan :-
i. Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan.
ii. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal.
iii. Menjadikan kelas PJ sebagai tempat yang sesuai untuk
persaingan, motivasi serta bersuka ria.
• Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan PJ sehingga
masa kini

MATLAMAT


·       Matlamat utama TGFU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
        Menurut falsafah TGFU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan.
        Model TGFU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan.


PERKEMBANGAN


Selepas kajian Bunker & Thorpe, falsafah dan teori dalam TGFU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa.
        Secara mendalam dan tepat, TGFU adalah lebih praktikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola.
        Pada tahun 2004, Webb & Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat utama:-
                  a)      Sasaran (Target)
                  b)      Striking / Fielding (Pukulan)
                  c)       Jaring / Dinding (Net / Wall)
                  d)      Serangan / Kawasan (Invasion)


KATEGORI PERMAINAN




1.       Sasaran (Target)
·         Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.
·         Murid berusaha untuk menempatkan objek agar tidak melepasi sasaran yang hendak dituju.
·         (Contoh :- boling, memanah, golf dan lain-lain)


Boling

 

Memanah


Golf

 

2. Pukulan (Striking / Fielding)
Perlawanan yang melibatkan dua pihak :-
a. Pasukan Striking (Menyerang)
b. Pasukan Fielding (Bertahan)
Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau
pusingan yang ditetapkan. Contoh :- besbol, sofbol dan kriket.

Besbol


Sofbol

 

Kriket 




3. Jaring / Dinding (Net/Wall)
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpulkan mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh :- badminton, skuash, tenis, & ping pong

Badminton



Skuash


 

Tenis

 

Ping pong


4. Serangan (Invasion)
Permainan berpasukan Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak dan megumpul mata. Contoh :- bola sepak, bola baling, bola keranjang.

Bola sepak


Bola baling




Bola keranjang




Rabu, 11 Julai 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Pergerakan Asas



Hai kawan2,
Entri yg pertama ni kami nak kongsikan tentang pengalaman dan koleksi gambar2 amali rph pj kami.
So, korang bolehlah sambung baca entri kat bawah ni k...hOhO


SET PERTAMA

Utk set pertama ni, ada 4 bahagian tau...
Bahagian permulaan, perkembangan, kemuncak dan last sekali penutup...

PERMULAAN

Kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran mengilas.

Kemahiran Mengilas



  • Utk aktiviti ni, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.
  • Pastu, setiap kumpulan diberikan haiwan-haiwan yang berlainan seperti itik, katak, harimau, ketam dan egytion. 
  • Apabila muzik dimainkan, setiap kumpulan dikehendaki melakonkan gaya berjalan haiwan tersebut.
  • Jika muzik diberhentikan, setiap pelajar dikehendaki utk 'freeze'.

PERKEMBANGAN

Kat bahagian ni pulak, kami diajar tentang kemahiran membaling yg betul.

Kemahiran Membaling




  • Untuk aktiviti ni, kami kena menggunakan kemahiran membaling untuk membaling pundi kacang ke sasaran iaitulah bakul.
  • Mula2, kami kena berdiri diluar gegelung yang telah disusun menjadi bentuk bulatan yang besar dan dibekalkan dengan 4 pundi kacang.
  • Apabila muzik dimainkan, kami pun berjalan mengelilingi bulatan besar itu tadi. 
  • Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki berhenti dan membaling 1 pundi kacang ke dalam bakul. 
  • Aktiviti ni diulangi sehingga kesemua 4 pundi kacang habis dibaling. 

KEMUNCAK

Utk aktiviti kemuncak, kami main permainan yg melibatkan kemahiran gallop.

Kemahiran Gallop





  • Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 11 orang ahli pasukan. 
  • Setiap 2 kumpulan akan bertanding antara satu sama lain.
  • Setiap ahli kumpulan akan sedaya upaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul pihak lawan dengan syarat setiap ahli bergerak dengan cara mengallop melalui halangan-halangan kon. 
  • Kumpulan yang paling banyak memasukkan pundi kacang kedalam bakul pihak lawan, dikira sebagai pemenang.

PENUTUP
So, akhirnya sampai ke bahagian yg last iaitu penutup. Kami melakukan aktiviti cooling down ikut iringan muzik.

Cooling Down Mengikut Iringan Muzik



Kami melakukan pelbagai jenis pergerakan semasa aktiviti cooling down mengikut iringan muzik.

~SELESAI SET PERTAMA~


SET KEDUA

Dah habis set pertama, kami buat amali untuk set yang kedua pulak.
Set kedua ni pun sama jugak macam set yang pertama.
Ada 4 bahagian jugak iaitu permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup TAPI kali ni dengan kemahiran yang berbeza la pulak.

PERMULAAN

Utk aktiviti kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran berlari.

Kemahiran Berlari 




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar.
  • Setiap kumpulan membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
  • Pelajar akan bergerak mengikut bulatan tersebut dengan diiringi muzik. 
  • Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki berlari ke dalam ruangan dalam skitel besar dan berdiri di tengah gelung yang disediakan. 
  • Pelajar yang tidak berdiri di tengah gelung yang disediakan akan disingkirkan. 
  • Aktiviti ini diteruskan sehingga seorang sahaja yang tinggal.

PERKEMBANGAN

Kat bahagian perkembangan pulak, kami diajar tentang kemahiran menggelecek menggunakan tangan dan kemahiran menendang.

Kemahiran Mengelecek




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan. 
  • Skitel besar disediakan untuk memberi ruang untuk setiap pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut. 
  • Setiap pelajar akan menggelecek dengan sebelah tangan di dalam ruang tersebut. 
  • Beberapa skitel kecil ditambah bagi menambah kesukaran dan mengecilkan ruang bagi pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut.

Kemahiran Menendang



  • Setiap pelajar diberikan satu nama binatang.
  • Setiap pelajar membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
  • Apabila wisel ditiup, pelajar akan bergerak dalam bulatan tersebut dan mencari makanan bagi binatang yang diberikan nama tersebut.
  • Pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel yang terdapat nama makanan bagi binatang.

KEMUNCAK

Sampai kat bahagian kemuncak, kami diajar tentang kemahiran membongkok pulak.

Kemahiran Membongkok




  • Kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan di dalam dua zon iaitu zon A dan zon B.
  • Di zon A, setiap pelajar berbaris dan berada dalam keadaan membongkok.
  • Pelajar di hadapan akan melambung pundi kacang kepada pelajar yang berada di belakang dalam keadaan membongkok.
  • Pelajar yang terakhir akan melambung ke dalam bakul yang disediakan dan akan mengulangi aktiviti ini sehingga semua pundi kacang masuk dalam bakul yang disediakan. 
  • Di zon B, setiap pasangan dikehendaki berdiri di dalam gelung yang disediakan dan menggolek bola kepada skitel kecil yang berada di hadapan.

PENUTUP 

Akhirnya sampai jugak kat bahagian penutup. Kat bahagian ni, kami main satu aktiviti iaitu "Lampu Trafik" utk cooling down.

Aktiviti Lampu Trafik 




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap satu kumpulan mempunyai 6 orang pelajar.
  • Setiap pelajar bergerak dengan cara yang berlainan dalam ruang yang disediakan dengan iringan muzik. 
  • Kad akan ditunjukkan untuk memberi arahan seterusnya iatu kad merah bertujuan berhenti, kad kuning bertujuan bersedia dan bergerak secara perlahan, dan kad hijau bergerak macam biasa. 
  • Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki bergerakbalas terhadap kad yang ditunjukkan.
~SELESAI SET KEDUA~

Terbaek daripada Androidboyz~