Pages

Rabu, 11 Julai 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Pergerakan Asas



Hai kawan2,
Entri yg pertama ni kami nak kongsikan tentang pengalaman dan koleksi gambar2 amali rph pj kami.
So, korang bolehlah sambung baca entri kat bawah ni k...hOhO


SET PERTAMA

Utk set pertama ni, ada 4 bahagian tau...
Bahagian permulaan, perkembangan, kemuncak dan last sekali penutup...

PERMULAAN

Kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran mengilas.

Kemahiran Mengilas



  • Utk aktiviti ni, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.
  • Pastu, setiap kumpulan diberikan haiwan-haiwan yang berlainan seperti itik, katak, harimau, ketam dan egytion. 
  • Apabila muzik dimainkan, setiap kumpulan dikehendaki melakonkan gaya berjalan haiwan tersebut.
  • Jika muzik diberhentikan, setiap pelajar dikehendaki utk 'freeze'.

PERKEMBANGAN

Kat bahagian ni pulak, kami diajar tentang kemahiran membaling yg betul.

Kemahiran Membaling




  • Untuk aktiviti ni, kami kena menggunakan kemahiran membaling untuk membaling pundi kacang ke sasaran iaitulah bakul.
  • Mula2, kami kena berdiri diluar gegelung yang telah disusun menjadi bentuk bulatan yang besar dan dibekalkan dengan 4 pundi kacang.
  • Apabila muzik dimainkan, kami pun berjalan mengelilingi bulatan besar itu tadi. 
  • Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki berhenti dan membaling 1 pundi kacang ke dalam bakul. 
  • Aktiviti ni diulangi sehingga kesemua 4 pundi kacang habis dibaling. 

KEMUNCAK

Utk aktiviti kemuncak, kami main permainan yg melibatkan kemahiran gallop.

Kemahiran Gallop





  • Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 11 orang ahli pasukan. 
  • Setiap 2 kumpulan akan bertanding antara satu sama lain.
  • Setiap ahli kumpulan akan sedaya upaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul pihak lawan dengan syarat setiap ahli bergerak dengan cara mengallop melalui halangan-halangan kon. 
  • Kumpulan yang paling banyak memasukkan pundi kacang kedalam bakul pihak lawan, dikira sebagai pemenang.

PENUTUP
So, akhirnya sampai ke bahagian yg last iaitu penutup. Kami melakukan aktiviti cooling down ikut iringan muzik.

Cooling Down Mengikut Iringan Muzik



Kami melakukan pelbagai jenis pergerakan semasa aktiviti cooling down mengikut iringan muzik.

~SELESAI SET PERTAMA~


SET KEDUA

Dah habis set pertama, kami buat amali untuk set yang kedua pulak.
Set kedua ni pun sama jugak macam set yang pertama.
Ada 4 bahagian jugak iaitu permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup TAPI kali ni dengan kemahiran yang berbeza la pulak.

PERMULAAN

Utk aktiviti kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran berlari.

Kemahiran Berlari 




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar.
  • Setiap kumpulan membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
  • Pelajar akan bergerak mengikut bulatan tersebut dengan diiringi muzik. 
  • Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki berlari ke dalam ruangan dalam skitel besar dan berdiri di tengah gelung yang disediakan. 
  • Pelajar yang tidak berdiri di tengah gelung yang disediakan akan disingkirkan. 
  • Aktiviti ini diteruskan sehingga seorang sahaja yang tinggal.

PERKEMBANGAN

Kat bahagian perkembangan pulak, kami diajar tentang kemahiran menggelecek menggunakan tangan dan kemahiran menendang.

Kemahiran Mengelecek




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan. 
  • Skitel besar disediakan untuk memberi ruang untuk setiap pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut. 
  • Setiap pelajar akan menggelecek dengan sebelah tangan di dalam ruang tersebut. 
  • Beberapa skitel kecil ditambah bagi menambah kesukaran dan mengecilkan ruang bagi pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut.

Kemahiran Menendang



  • Setiap pelajar diberikan satu nama binatang.
  • Setiap pelajar membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
  • Apabila wisel ditiup, pelajar akan bergerak dalam bulatan tersebut dan mencari makanan bagi binatang yang diberikan nama tersebut.
  • Pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel yang terdapat nama makanan bagi binatang.

KEMUNCAK

Sampai kat bahagian kemuncak, kami diajar tentang kemahiran membongkok pulak.

Kemahiran Membongkok




  • Kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan di dalam dua zon iaitu zon A dan zon B.
  • Di zon A, setiap pelajar berbaris dan berada dalam keadaan membongkok.
  • Pelajar di hadapan akan melambung pundi kacang kepada pelajar yang berada di belakang dalam keadaan membongkok.
  • Pelajar yang terakhir akan melambung ke dalam bakul yang disediakan dan akan mengulangi aktiviti ini sehingga semua pundi kacang masuk dalam bakul yang disediakan. 
  • Di zon B, setiap pasangan dikehendaki berdiri di dalam gelung yang disediakan dan menggolek bola kepada skitel kecil yang berada di hadapan.

PENUTUP 

Akhirnya sampai jugak kat bahagian penutup. Kat bahagian ni, kami main satu aktiviti iaitu "Lampu Trafik" utk cooling down.

Aktiviti Lampu Trafik 




  • Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap satu kumpulan mempunyai 6 orang pelajar.
  • Setiap pelajar bergerak dengan cara yang berlainan dalam ruang yang disediakan dengan iringan muzik. 
  • Kad akan ditunjukkan untuk memberi arahan seterusnya iatu kad merah bertujuan berhenti, kad kuning bertujuan bersedia dan bergerak secara perlahan, dan kad hijau bergerak macam biasa. 
  • Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki bergerakbalas terhadap kad yang ditunjukkan.
~SELESAI SET KEDUA~

Terbaek daripada Androidboyz~