Kumpulan:
PISMP Sains Semester 2 Ambilan Januari 2012Ahli Kumpulan:
Mohammad Shafiq Bin Ahmad FuadMohd Faiz Bin Abdul Wahab
Norzulhilmi Bin Mohammad
Riskan Bin Sutuh
Nagarajan a/l Maradaiyee
1.0 TAJUK:
"TAK-PONG"2.0 MATLAMAT:
Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat umum mengenai permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang. Contoh permainan kanak-kanak kategori ini ialah "Tak-pong". Blog ini juga diwujudkan bagi memenuhi syarat wajib penilaian bagi kursus Pergerakan Asas (Elektif 1) berkod PJM 3102 bagi komponen Permainan Kanak-kanak. Diharapkan kewujudan blog ini dapat memperkenalkan permainan kanak-kanak kateogori ini kepada masyarakat umum.
OBJEKTIF:
Penyediaan blog permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang ini bertujuan:- menjadikan blog sebagai suatu medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai permainan kanak-kanak
- menyediakan satu contoh permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang
- melengkapkan diri guru pelatih dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN:
4.1 SENARAI JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN:
![]() |
Pemukul botol |
Bola Pingpong |
4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN:
- Bahagikan murid kepada dua pasukan A dan B.
- Setiap pemain dalam setiap pasukan berada di kawasan masing-masing yang ditetapkan.
- Seorang pemain A1 dari pasukan A memulakan permainan dengan melantun tiga biji bola pingpong ke lantai dan memukulnya dengan pemukul botol.
- Ketiga-tiga pemain dari pasukan B akan memungut ketiga-tiga bola pingpong dan meletakkan setiap satu ke dalam setiap kotak.
- Pemain A1 yang memukul bola kemudiannya akan ke zon B untuk menyusun susunan kotak mengikut nombor yang betul sebelum pihak lawan (pasukan B) siap meletakkan bola ke dalam setiap kotak.
- Mata akan diperolehi apabila pemain A1 dari pasukan A berjaya menyusun kotak dalam keadaan nombor yang betul.
- Permainan diteruskan sehingga pemain daripada pasukan B berjaya memasukkan bola pingpong ke dalam setiap kotak sebelum pemain dari pasukan A menyusun kotak dalam susunan yang betul.
4.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN:
ZON A |
ZON B |
4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN:
Peraturan Permainan:
- Tiga orang murid di setiap bahagian dan dilarang memasuki bahagian lain.
- Pasukan pemungut bola pingpong hanya dibenarkan melontar bola pingpong tersebut di luar kawasan bulatan ke dalam kotak.
- Pasukan pemukul hanya dibenarkan memukul bola pingpong pada paras lutut sahaja.
Syarat Permainan:
- Pasukan terdiri daripada tiga orang setiap pasukan.
- Pasukan berada di kawasan yang ditetapkan di zon A.
- Permainan akan dimulakan apabila pemain dari pasukan pemukul melantun dan memukul bola pingpong.
- Pemain memukul ketiga-tiga bola pingpong yang diberikan.
- Pemain berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak.
- Pemain pemungut memasukkan bola ke dalam kotak sebelum pemain pemukul siap menyusun kotak.
- Permainan akan diteruskan dengan pemain yang seterusnya jika susunan berjaya.
- Mata diperoleh dengan menyusun susunan kotak dalam susunan nombor yang betul.
Info Tambahan:
- Jumlah Pemain: 3 orang
- Formasi: Setiap pemain dalam pasukan berada di kawasan yang ditetapkan
- Peralatan: Bola pingpong dan Pemukul botol
- Keselamatan: Pukul bola pingpong pada paras lutut
- Kemahiran:
- Manipulasi alatan : Melantun bola pingpong dan memukul dengan pemukul botol
- Lokomotor : Berlari ke kawasan zon B untuk menyusun kotak
- Bukan lokomotor : Pemukul berdiri di kawasan yang ditetapkan